MENGENAI

INTERNATIONAL SEMINAR ON DAKWAH (DIGITAL) 2017
(ISODD)

Dakwah dalam Dunia Digital

TARIKH 
20 November 2017 (Isnin) – Perasmian 
21 November 2017 (Selasa)
8.30 pagi - 5.00 petang

TEMPAT
DEWAN CENDEKIAWAN, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN BERSAMA
JABATAN PENGAJIAN DAKWAH & KEPIMPINAN, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)

DENGAN KERJASAMA
FAKULTAS AGAMA ISLAM
UNIVERSITAS IBN KHALDUN BOGOR INDONESIA


LATAR BELAKANG 

Seminar ini memfokuskan kepentingan, pengaruh dan peranan dakwah melalui media digital. Umpamanya penggunaan maklumat yang diperolehi dalam urusan yang melibatkan proses pemilihan keputusan-keputusan yang penting. Dari aspek yang lain, maklumat yang diperolehi ini berkeupayaan membentuk kepercayaan atau kebergantungan netizen sehingga menyebabkan pada akhirnya media baharu ini berupaya mempengaruhi tingkah laku dan corak kehidupan masyarakat.

Justeru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang mempunyai peranan besar dalam perkembangan internet dan  media digital serta Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Fakultas Agama Islam, Universitas Ibn Khaldun, Bogor, Indonesia akan menganjurkan seminar peringkat antarabangsa bagi membincangkan isu yang dikemukakan. Sinergi bersama pihak kerajaan dan institut-institut pengajian tinggi diharapkan dapat membentuk kefahaman yang lebih menyeluruh dalam lapangan dakwah digital.

Seminar ini juga merupakan program yang bertujuan untuk mengumpulkan ahli akademik daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pegawai dakwah dari institusi agama dan pengamal media daripada industri media baharu untuk berkongsi idea, kepakaran, pengalaman dan hasil penyelidikan mereka berkaitan tema yang dibincangkan.

OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif program ini ialah :
i. Menggalakkan budaya ilmu dalam kalangan ahli akademik dan mahasiswa Pengajian Islam, komunikasi dan media.
ii. Meningkatkan kesedaran pengamal media, pegawai dakwah serta ahli akademik dan mahasiswa terhadap kepentingan mengawal kandungan Islam tempatan serta antarabangsa.
iii. Meningkatkan kepekaan ahli akademik, pengamal media dan mahasiswa terhadap isu-isu semasa dan cabaran dakwah melalui media digital dalam masyarakat.

SASARAN PESERTA

Peserta adalah terdiri daripada:
i. Ahli akademik
ii. Pelajar siswazah/prasiswazah
iii. Pengamal media
iv. Orang awam dan NGO

TEMA

Dakwah dalam Dunia Digital

SUB TEMA

Dakwah Media Baharu
Psikologi Dakwah Digital
Pengurusan Dakwah Digital
Komunikasi Dakwah Digital
Dakwah Melalui Jaringan Sosial
Cabaran dan Isu Semasa Dakwah Atas Talian
Dakwah dan Keselamatan Pengguna Atas Talian
Dakwah dan Teknologi Multimedia
Dakwah Atas Talian dan Ancaman Akidah/Budaya
Pengajaran dan Pembelajaran Dakwah Secara Digital
Dakwah Digital dan Kesejahteraan Hidup